Monday 13 May 2013

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

(TILAWAH AL-QURAN)
MANUSIA PERLU BERSYUKUR
Nikmt Kurniaan Allah
  • Iman
  • Islam
  • Akal
  • Kesihatan tubuh badan
Cara bersyukur
Anggota
Cara
Hati
Sentiasa mengingati Allah
Lidah
Mengucapkan alhamdulillah ketika mendapat nikmat
Tubuh Badan
Menggunakan nikmat untuk kebaikan (zakat, sedekah)

Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, LutKaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hud a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
Sebab umat terdahulu dibinasakan
  1. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
  1. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
  1. Melakukan kemungkaran dan maksiat
  1. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
Tugas manusia sebagai khalifah
  • beribadat kepada-Nya
  • menegakkan agama Islam
  • melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
  • Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
  • manusia mesti bersyukur nikmat Allah
  • orang tidak bersyukur diazab Allah
LATIHAN
  1. Nyatakan 2 langkah yang perlu dilakukan supaya nikmat sentiasa bertambah
  1. Nyatakan 2 ikhtibar yang patut diambil oleh generasi kini daripada peristiwa yang menimpa kaum terdahulu 
HADIS(MAKANAN YANG BAIK)
Ciri makanan yang baik
  • Makanan mengandungi pelbagai zat
  • Dari jenis yang halal menurut syarak
  • Tumbuhan yang halal kecuali yang memudaratkan
  • Haiwan yang halal dan disembelih
Hikmat memilih makanan yang baik
  • Menjaga kesihatan badan
  • Memelihara kewarasan akal
  • Dimakbulkan doa
  • Menjauhi seksaan neraka
Sebab doa tidak dimakbulkan Allah
  • Pengambilan makanan dan minuman yang haram
  • Berpakaian tidak menutup aurat
  • Solat yang dilakukan tidak sempurna
Rukhsah makan dan minum yang haram
  • Terdapat makanan dan minuman yang haram sahaja
  • Makanan dan minuman sekadar menyelamatkan nyawa
  • Makan dan minum bukan untuk kenyang 

AKIDAH(PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN)
Maksud iman
  • Dari segi bahasa ialah percaya
  • Menurut ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan dihati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Keperluan iman dalam kehidupan
  • Membentuk insane muslim sejati
  • Supaya istiqamah dalam ibadat
  • Bertanggungjawab dan amanah
  • Melakukan kebaikan
  • Sabar dan redha menghadapi kesusahan
Perkara-perkara yang membatalkan iman
a)       syirik ( syirik jail dan syirik khafi)
  • Syirik bermaksud menyekutukan allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya (perbuatan)
  • Syirik jail bermaksud perlakuan syirik secara terang-terangan (contohnya: Menyembah berhala) ia membatalkan iman atau akidah
  • Syirik khafi bermaksud tidak meletakkan allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat (contohnya: riak, ujub dan takbur) iman atau akidah tidak terbatal tetapi merosakkan iman atau akidah.
b)       Kufur (kufur hakikat dan kufur nikmat)
  • kufur bermaksud tidak percaya kepada allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad.
  • Kufur hakikat bermaksud ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah. (contohnya: menolak hokum yang terdapat dalam al-Quran)
  • Kufur nikmat bermaksud mengingkari allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya. (contohnya: boros membelanjakan harta)
c)       Riddah
  • Maksudnya berpaling atau keluar daripada agama Islam.
  • Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui:
CARA
HURAIAN
I’tikad
Berniat hendak meninggalkan agama Islam
Perkataan
Mengistiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Perbuatan
Menganut agama selain daripada agama Islam

Kesan daripada perbuatan riddah
  • Hubungan suami isteri terfasakh
  • Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • Hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  • Haram dikebumikan diperkuburan Islam
  • Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad
  • Memberi nasihat supaya dia bertaubat
  • Membari perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  • Menguatkuasakan hukuman Islam iaiti dibunuh
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
  • Membari amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
  • Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama Islam
  • Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
  • Menghalang perbuatan yang merendah dan memburukkan agama Islam
d)       Khurafat
  • Ia bermaksud kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat
  • mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
  • mempercayaai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
  • Membuang ancak bagi menghalau hantu
  • Mengunjungi kubur yang dianggap keramat untuk meminta sesuatu hajat.
Kesan mempercayai dan mengamalkan khurafat
  • menyebabkan syirik dan batal imannya
  • membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara yang sia-sia
  • menyekat akal berfikir secara logic dan sistematik
  • masyarakat akan menjadi mundur kerana dipengaruhi oleh khayalan.
e)       Sihir
  • Ia bermaksud ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia.
Cara mengelakkan daripada terkena sihir
  • Beriman sepenuhnya kepada kekuasaan allah
  • Sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada terkena sihir
  • Sentiasa membaca al-Quran
  • Beribadah dengan ikhlas
f)        Nifak (Munafik)
  • Ia bermaksud berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada allah.
  • Orang yang melakukan sifat ini digelar munafik.
Akibat buruk munafik
  • Menghilangkan sikap percaya mempercayai
  • Melemahkan perpaduan masyarakat
  • Menghancurkan kekuatan umat Islam
  • Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan di akhirat
  • Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.

IBADAT(KEWAJIPAN HAJI DAN UMRAH)
  • Haji dan umrah ialah rukun Islam ke 5.
  • Wajib ditunaikan sekali seumur hidup
  • Perbuatan berhutang atau bergadai harta dengan tujuan untuk menunaikan fardu haji adalah tidak menepati kehendak syariat.
Pengertian haji dan umrah

Bahasa
Istilah
Haji
Mngunjungi tempat yang mulia
Mengunjungi baitullah al-haram di mekah kerana mengerjakan ibadah tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu
Umrah
Ziarah
Menziarahi batullah al-haram kerana mengerjakan ibadah tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

UPAH HAJI
  • Ia bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.
  • Ditunaikan oleh warisnya atau orang lain
a)       meninggal dunia
  • seseorang yang telah memenuhi syarat wajib menunaikan haji tetapi tidak melaksanakannya tanpa sebarang halangan atau uzur syar’I kemudian dia meninggal dunia kewajipan haji tetap tidak gugur.
  • Hajinya hendaklah ditunaikan oleh warisnya atau orang lain.
b)       tidak mempunyai keupayaan fizikal
  • Iaitu orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh, tua dan sebagainya.
  • Orang yang mengambil upah haji mereka disyaratkan menunaikan hajinya terlebih dahulu.
HIKMAH UPAH HAJI
  • Memberi peluang kepada orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya.
  • Orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
  • Memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibubapa atau keluarga yang telah meninggal.
HIKMAH HAJI
INDIVIDU
MASYARAKAT
Menghapuskan dosa-dosa kecil
Saling berkenalan sesame umat Islam
Membersihkan jiwa daripada maksiat
Membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam
Memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah
Membentuk pakatan bersama menghadapi musuh
Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
Meneguhkan hubungan persaudaraan umat Islam

CARA MENYEMPURNAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Syarat wajib haji
v      Islam                       (Tidak wajib ke atas orang kafir dan murtas)
v      Baligh                     (Tidak wajib ke atas kanak-kanak)
v      Berakal                   (Tidak wajib ke atas orang gila)
v      Berkuasa                (Tidak wajib ke atas orang yang tidak berkemampuan menunaikannya)
v      Merdeka                (Tidak wajib ke atas hamba)
Rukun haji dan umrah
  • Semua rukun adalah dalam bentuk perbuatan kecuali niat
  • Tertinggal salah satu rukun maka hajinya tidak sah
  1. Niat ihram
  • Iaitu berniat menunaikan haji di miqat setelah memakai ihram
  1. Wuquf di padang arafah
  • Walaupun hanya sekejap di antara gelincir matahari pada 9 zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 zulhijjah
  1. Tawaf
  • Iaitu mengelilingi baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadah kepada Allah
  • Dilakukan selepas wukuf di arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Jenis-jenis tawaf
a.        Tawaf qudum
  • Iaitu tawaf selamat datatang. Ia disunatkan bagi mereka yang baru sampai ke mekah
b.       Tawaf ifadah atau tawaf rukun
  • Iaitu tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadah haji.
c.        Tawaf wadak
  • Iaitu tawaf selamat tinggal. Ia sunat dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan kota mekah
d.       Tawaf sunat
  • Iaitu tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa
  1. Sa’ie
  • Iaitu jalan berulang-alik dari bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat saie
  1. Hendaklah dimulai dari safa dan berakhir di marwah
  1. Dilakukan sebanyak 7 kali
  1. Dilakukan selepas tawaf rukun (tawaf ifadhah)
  1. Dilakukan dengan perjalanan biasa
  1. Memulakan niat saie semasa mula di safa.
  1. Bercukur
  • Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai setelah selesai saie.
  1. Tertib
  • melakukan rukun haji mengikut sususan
Perbezaan antara rukun haji dan umrah
Rukun Haji
Rukun Umrah
1. Niat melakukan haji
1. Niat melakukan umrah
2. Wukuf di Arafah
2. Tiada ibadah wukuf

WAJIB HAJI DAN UMRAH
  • Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dan atau denda mengikut kadar yang ditentukan
WAJIB HAJI
  1. Berniat ihram di miqat
  • miqat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah
Miqat terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Miqat zamani (masa).
  • Ia bermula dari bulan syawal hingga sebelum terbit fajar kedua (fajar sadiq) pada hari kesepuluh bulan zulhijjah.
  1. Miqat makani (tempat)
  1. Bermalam di muzdalifah
  • Terletak antara arafah dan mina
  • Pada selepas separuh malam ke 10 zulhijjah iaitu selepas wukuf di arafah dan sebelum terbit fajar.
  1. Melontar jamratul aqobah
  • Selepas bermalam di muzdalifah.
  • Melontar selepas tengah malam pada 10 zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13 zulhijjah.
  • Waktu afdhal ialah pagi 10 zulhijjah.
  1. Bermalam di Mina
  • Pada hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 zulhijjah.
  • Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.
  1. Melontar ketiga-tiga jamrah
  • Melontar di jamratul ula, jamratul wusto dan jamratul aqobah dengan menggunakan 7 anak batu pada tiap-tiap jamrah
  • Dilakukan selepas gelincir matahari pada hari rasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 zulhijjah hingga terbenam matahari.
  1. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram
  • Sekiranya melakukan juga dia wajib membayar dam

WAJIB UMRAH
1. Berniat ihram di miqat (sama dengan miqat haji)
2. Meninggalkan perkara2 yg dilarang semasa ihram.
SUNAT-SUNAT HAJI
- Mandi ketika hendak berniat ihram di miqat
- Sembahyang 2 rakaat sebelum berniat ihram
- Memaikai pakaian ihram bewarna putih
- Memotong kuku sebelum ihram
- Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram sehingga melontar di jamrah aqobah
- Mandi ketika hendak meninggalkan kota mekah dan ketika hendak wukuf di padang arafah.
PERKARA-PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM
- Memakai pakaian yg berjahit bg lelaki
- Memakai wangi-wangian
- Memotong kuku
- Memotong rambut atau mana-mana bulu pd anggota badan
- Menutup kepala bagi lelaki
- Menutup muka dan 2 tapak tangan bg wanita
- Memakai minyak rambut di kepala atau janggut
- Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram
- Berburu binatang buruan darat
- Bernikah atau menikahkan
- Melakukan perkara2 yg merupakan permulaan kepada persetubuhan
- Bersetubuh
HIKMAH DIADAKAN LARANGAN IHRAM
- Manusia sama sahaja di sisi Allah
- Menguji keimanan dan kesabaran manusia dlm melakukan ibadah kpd Allah
- Melatih manusia supaya lebih berdisiplin.
CARA MENGAERJAKAN HAJI
1. Mengerjakan haji ifrad
- Haji ifrad bermaksud mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan, sama ada melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah ia lebih afdhal dan jemaah haji tidak dikenakan dam (denda)
2. Mengerjakan haji tamattuk
- Haji tamatuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini ialah memberi kelapangan dan keselesaan kpd jemaah dlm mengerjakan ibadah haji. Mereka boleh meninggalkan ihram umrah tetapi dikenakan dam.
3. Mengerjakan haji qiran
- Haji qiran bermaksud mengerjakan ibadah haji dan umrah secara serentak.
- Kebaikan dan kesan mengerjakan haji ini memberi kesenangan dan kemudahan kpd jemaah haji. Mengerjakan haji ini mengambil masa yg singkat tetapi dikenakan dam.


No comments:

Post a Comment