Tuesday 4 June 2013

Jodoh Atau Cinta

 Jodoh Atau CintaSinopsis Jodoh Atau Cinta
Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya. Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman ... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 1Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 1 IMAN UMAIRAH menatap sepi inai di jarinya. Dia akan dinikahkan sebentar lagi dan akan bergelar seorang isteri pada Aiman Danish, seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. Adakah kehidupannya nanti persis novel yang selama ini menjadi bahan hiburannya? Adakah kisah-kisah indah di dalam novel itu akan terjadi padanya? Walaupun apa terjadi, ini memang menjadi takdirnya. Sebuah ceritera yang terukir dalam hidupnya. Semalam, inilah syarat datuk menghantarnya menyambung pelajaran di luar negara. Dia boleh menyambung pelajaran dan mengejar segala cita-cita dengan syarat, sebelu... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 2Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 2 IMAN leka dengan bayi yang baru lahir itu. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuknya bersama dengan ahli keluarga baru ini. Jehan Danial nama diberi. Comel. Mata dan hidungnya lebih mewarisi wajah si ibu, namun yang lain semuanya menyerupai wajah si ayah. Arrisya bersandar lemah di bahu Johan yang duduk di tepinya atas katil dalam wad kelas pertama itu. Penat dan segala sakitnya berganti bahagia melihat wajah si kecil. Tanda cinta hatinya. Penyambung zuriat dia dan Johan. "Comelnya dia Kak Risya." Iman sangat teruja dengan kelahiran itu. Arrisya yang bersandar lemah di bahu s... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 3Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBAB 3 JEHAN DANIAL... bayi yang dilahirkan pada hari pernikahannya. Sekali lagi Iman memerhatikan wajah merah Jehan di screen laptopnya. Sayang dia hanya sempat beberapa jam bersama ahli baru itu sebelum bergegas ke airport mengambil penerbangan ke London, kemudian dia akan ke Liverpool untuk menyambung pelajarannya. Sekilas Iman menoleh ke arah Danish yang duduk di sebelahnya. Dia tidak menyangka akan bersama dengan Danish di dalam penerbangan ini. Baru tadi dia tahu Danish merupakan penuntut tahun akhir di London University. Danish kembali ke Malaysia hanya kerana pernikahan mere... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 4Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBAB 4 IMAN baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah setahun lebih dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban waktunya terisi dengan kasih sayang dari Mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. Harinya sibuk dengan kuliah dan tugasan. Di hujung minggu pula dia akan balik ke rumah Mama Sue, ibu angkat dia dan abangnya. Mama Sue yang juga dulu adalah kawan baik kepada ibunya. Danish? Lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak aje. Tapi benarkah begitu? Tetapi kenapa sampai sekar... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 5Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 5 BEBAN yang ditanggung kini terasa terlalu berat. Semuanya terpaksa dilalui sendiri. Namun dia perlu kuat buat keluarga ini. Iman sendiri tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Yang pasti, setiap hari Iman perlu gagahkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Kuatkan semangat untuk terus berdiri. Jika dia tersungkur, pasti keluarganya juga akan tersungkur. Sehinggakan untuk mengeluh pun dia tidak berani saat ini. "Iman?" Buat pertama kalinya Datin Hajar menegur menantunya itu. Wajah kepenatan Iman mengundang rasa simpatinya. Sejak Iman pulang, tugas menjaga suaminya... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 6Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 6 IMAN melangkah perlahan ke dalam pejabat di tingkat 11, Wisma Mega milik arwah Tuan Haji Aman. Tingkat 11, tingkat yang hanya menempatkan pejabat korporat syarikat A&A Berhad. Tingkat yang menempatkan pengurusan teratas empayar Tuan Haji Aman. Arwah Tuan Haji Aman telah menyediakan asas yang cukup kuat untuk sebuah syarikat dan kebijaksanaan Dato’ Arif melebarkan lagi syarikat yang dahulunya berstatus sederhana, kini bertukar menjadi sebuah syarikat mega. Bukan satu laluan mudah. Banyak pengorbanan dan titik peluh yang mengalir dalam menghadapi jatuh bangun syarikat ini. Oleh... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 7Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 7 MALAM ini mungkin sudah tersurat rezeki Danish. Dia berjaya menyelinap masuk. Semalam sekali lagi Danish berjaya menyelinap masuk ke wad papanya Bukan selalu dia bernasib baik begini. Jarang-jarang sekali. Ada kalanya dia sudah pun sampai di hadapan pintu, tetapi Iman pula masih berjaga membuat kerja-kerja syarikat lalu terpaksa dia membatalkan niatnya. Adakala dia takut kalau terserempak dengan doktor yang dia kenali. Jadi, bukan mudah untuk dia masuk melihat perkembangan papanya. Malam ini Danish ingin menjenguk papanya dan sekali gus ingin melihat keadaan Iman. Dia rasa be... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 8Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 8 KEGEMBIRAAN Iman hanya bertahan sehari sahaja. Baru dia hendak bernafas dan mencari ruang untuk merehatkan diri, Dato’ Arif telah memintanya untuk terus menguruskan syarikat buat sementara waktu. Selain rasa sedikit terbeban dengan permintaan bapa mentuanya itu, Iman rasa terharu dengan kepercayaan yang diberi padanya. Nampaknya kedua-dua orang tua itu sudah boleh menerima dia di dalam keluarga ini. Hanya satu masalahnya sekarang. Masalah yang menanti di hadapannya kini. Puan Hartimah, kakak kepada mak mentuanya. Mak long kepada Danish. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Arris... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 9Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 9 IMAN menunggu Pak Mat mengambilnya di hadapan Wisma Mega. Pagi tadi dia memandu sendiri tetapi kini terpaksa meminta Pak Mat mengambilnya kerana dia begitu letih sekali. Iman mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul lapan malam. Hari ini buat pertama kalinya dia balik seawal ini. Selalunya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul sepuluh atau sebelas malam, baru dia melihat dunia luar. Tetapi hari ini dia mengalah. Walaupun perasaan bersalahnya bertandang tatkala melihat para pekerjanya masih tekun menyiapkan tugas yang entah bila akan surut. Minggu ini adalah minggu pa... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 10Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 10 DATIN HAJAR memandang gelapnya langit malam dari dalam biliknya. Kelihatan Dato’ Arif nyenyak di peraduan. Siang tadi mereka menghantar Iman dan Arrisya ke lapangan terbang. Iman kembali ke England untuk menyambung pengajian. Arrisya pula mengikut Iman untuk bercuti. Menghantar Iman pergi bagaikan hilang tangan kanannya. Selama tiga bulan Iman ada di sampingnya. Sekarang gadis itu telah jauh. Datin Hajar pasti dia akan merindui wajah dan suara yang sering memberinya semangat. Datin Hajar kembali memikirkan apa yang terjadi beberapa bulan kebelakangan ini. Kemalangan itu tela... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 11Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 11 IMAN tiba di hadapan rumah sewa Danish yang berhampiran London University berpandukan alamat yang diberi oleh Arrisya tadi. Arrisya terkejut bukan kepalang apabila mengetahui Iman tidak pernah bertemu dengan Danish sepanjang dia belajar di sini. Dia mengharapkan alamat yang diberi betul. Besar juga harapannya Danish ada di rumah. Tangan Iman mengetuk pintu rumah yang berwarna putih. Sejenak kemudian pintu terbuka dari dalam. Muncul seorang lelaki. Agaknya ini rakan serumah Danish. "Hello… errr... hai. Ini rumah Danish, kan? Dia ada tak? Boleh saya jumpa dengan dia?" Iman be... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 12Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 12 IMAN bersantai di halaman rumah bersama Datin Hajar dan Dato’ Arif. Dia dan Arrisya sibuk bermain dengan si montel Jehan. Usia Jehan akan genap empat tahun esok dan esok juga genaplah empat tahun usia pernikahan dia dengan Danish. Namun sudah empat tahun juga dia tidak bertemu Danish. Kali terakhir dia bertemu lelaki itu ketika Danish meninggalkannya keseorangan di London. "Ehan nak tu mak cu." Jehan meminta kuih yang ada di atas meja. Jehan ini memang semangat kalau bab makan. Tengoklah badan dia. Tambahan pula dia dimanjakan oleh atuk dan neneknya. Maklumlah cucu seorang. ... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 13Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 13 IMAN menunggu dengan sabar di Lapangan Terbang Heathrow London. Gaya santai dengan jean dan blaus berwarna biru. Tubuhnya dibalut dengan jaket kulit paras paha untuk mengelakkan kesejukan. Iman sengaja mencari tempat duduk yang agak terbuka agar senang Danish mencarinya. Itupun kalau Danish masih kenal rupa isterinya ini. Iman telah menghubungi Danish sebaik sahaja mendarat tadi. Sengaja dia meminta Danish menjemputnya. Bukan mahu menyusahkan Danish tetapi Iman mahu Danish tahu kedatangannya ke sini. Lagipun kembalinya dia menjejakkan kaki ke bumi asing ini juga kerana Danis... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 14Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 14 DANISH berlari ke wad kelas satu Hospital Pantai. Kakinya terhenti di muka pintu yang sedikit terbuka. Matanya sayu melihat sekujur tubuh yang kaku. Kelihatan tangan kiri dan kepala pesakit berbalut. Sedih hati Danish. Perlahan- lahan Danish melangkah masuk. Langkahnya terhenti tepat di tepi katil. Wajah lesu Iman dipandang. Sakit hatinya melihat Iman begitu. Pedih hatinya melihat Iman terbaring tidak bermaya. Kali terakhir dia bersama Iman ialah empat hari lalu, sehari sebelum Iman hilang dari kondonya di Kota London. Iman pergi dari kondonya dengan hanya meninggalkan memo ...more »Jodoh Atau Cinta - Bab 15Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 15 IMAN melangkah masuk ke pejabatnya. Semalam dia baru balik dari Cameron Highlands atas urusan kerja selama dua minggu. Senyuman manis di bibirnya. Kini dia sering lewat datang ke pejabat. Sejak kemalangan sebulan lepas dia telah menjadi pelanggan tetap teksi. Dia fobia untuk memandu. Setiap kali dia masuk ke bahagian pemandu, gambaran kemalangan itu akan datang menyapa fikirannya. Dia akan lewat datang dan lewat juga balik. Mula-mula dulu dia tidak biasa namun sekarang sudah menjadi rutinnya. Tidak kisah untuk berpenat lelah sebegitu. "Iman. Bila sampai dari Cameron ni?" Im... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 16Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab16 "DANISH...." Tanpa sedar nama itu terluah dari bibir Iman. Mug berisi air Milo disuakan ke bibir. Sengaja dia berlama-lama di pantri untuk menenangkan hatinya yang resah. Resah dengan kehadiran Danish yang tidak disangka sama sekali. Iman masih dalam keadaan terkejut. Dia masih tidak percaya dan seakan tidak mahu percaya akan kemunculan Danish. Baru sejam lebih mengetahui Danish satu bumbung dengannya Iman sudah sesak nafas dibuatnya. Satu kerja pun tidak mendapat tumpuan. Kalau mengira, dia akan tersalah kira. Kalau menaip pasti banyak tersilap ejaan. "Iman, awak panggil na... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 17Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 17 "ABANG dah bagi tahu Iman ke pasal Danish dah balik sini?" Tidak sabar-sabar Datin bertanya kepada suaminya yang duduk membaca akhbar di ruang tamu. Sejak Danish balik suaminya itu sudah jarang ke pejabat. Ambil cuti katanya. "Hm... belum lagi. Imankan masih di Cameron. Kalau tak silap baru hari ni dia balik KL. Lagipun saya rasa biar mereka tahu sendirilah. Abang tengok mereka berdua tu pun macam tak kisah aja hal masing-masing. Danish ke sana. Iman ke situ. Entah ya entah tak mereka tu masih suami isteri," omel Dato’ Arif. Dia bosan kerana sering ditanya hal yang sama oleh... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 18Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 18 HAKIM memberi senyuman tulus kepada Zila pembantu Iman yang berselisih dengannya di hadapan pejabat Iman. Kehadirannya sudah menjadi satu kebiasaan di situ. Setiap pekerja di situ telah mengenalinya. Hakim sudah beberapa kali datang ke pejabat Iman. Dia ingin mengajak Iman makan tengah hari. Kadangkala ada juga Hakim menjemput Iman balik. Dengan keramahan doktor muda itu pasti disenangi oleh pekerja bawahan Iman. "Assalamualaikum. Busy ke?" Hakim muncul di sebalik pintu apabila ketukannya disambut dengan arahan masuk. Dahulu dia jarang mengetuk pintu namun setelah kejadian d... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 19Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 19 IMAN termenung di balkoni kondominium miliknya. Sengaja dia meminta Hakim menghantarnya pulang selepas makan tengah hari tadi. Sesungguhnya dia tidak ada mood untuk ke pejabat. Kehadiran Danish benar-benar mengganggu ketenteramannya. Lebih baik dia balik daripada membuang masa di pejabat. Bukannya dia boleh membuat apa kerja pun. Zila dan Zahlia sudah diberitahu tentang cutinya. Memikirkan kembali tentang kepulangan Danish, Iman hanya ada enam bulan lagi untuk terus hidup dalam keluarga Dato’ Arif dan Datin Hajar. Dia perlu memikirkan cara bagaimana untuk keluar dari keluarga... more »Jodoh Atau Cinta - Bab 20Penulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoBab 20 "TERMENUNG lagi." Amran sengaja mengejutkan Danish dari belakang. Malam ini Danish mengajaknya lepak di kondo milik Danish. Amran pantas bersetuju dengan ajakan itu apabila memikirkan isterinya bekerja syif malam. Isteri Amran, Wati juga merupakan seorang doktor sepertinya. Mungkin kerana profesion yang sama membuatkan dia tidak kisah tentang aturan waktu kerja isterinya. Cuma yang merisaukan sekarang adalah keadaan isterinya yang berbadan dua. Anak pertama pula. Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga barulah mereka dikurniakan cahaya mata. "Aku tak tahulah, Am. Ak... more »Jodoh Atau Cinta - Bab PilihanPenulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years agoJodoh Atau Cinta - Bab PilihanPenulis at Jodoh Atau Cinta - 2 years ago

No comments:

Post a Comment